Ringkasan Bidang Tugas 1. Menyelaras aktiviti-aktiviti di bawah Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) mengikut standard, pekeliling dan syarat-syarat bagi proses pematuhan akreditasi, amalan persekitaran berkualiti, MSQH dan lain-lain. 2. Memantau persiapan dokumentasi-dokumentasi dan Tindakan yang mengikut SOP kerja agar dipatuhi dalam aspek pelaksanan SPK. 3. Menilai tahap pematuhan dam aspek SPK kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang sedang berkuatkuasa. 4. Menjalankan audit kualiti terhadap pengurusan klinik dan pentadbiran serta kelestarian program-program di bawah tadbir urus MHCSB. 5. Menyediakan syor kepada pihak pengurusan dalam kawalan kualiti klinik dan pentadbiran yang melibatkan kesemua SPK di MHCSB. 6. Memantau pembudayaan amalan kualiti melalui pelaksanaan audit dalaman secara menyeluruh agar mematuhi keperluan standard dan dokumen kualiti yang berkuatkuasa. 7. Membentang Rancangan Kerja Tahunan Unit Pematuhan dan Kualiti kepada pengurusan. 8. Mengurus, menyelaras dan memantau pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti berdasarkan piawaian Malaysian Society Quality In-Health (MSQH). 9. Merancang dan membantu menyelaraskan program-program kualiti serta memastikan pematuhan terhadap akta, garis panduan dan standard yang ditetapkan. 10. Pelaksanaan dan pemantauan dalam pembangunan kualiti di dalam proses pengurusan organisasi dan pengurusan klinik
Offer healthcare services. 100% owned by Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Sdn Bhd.
Diploma / Advanced Diploma / Higher Graduate Diploma / DVM / DKM Level 4 / DLKM Level 5.
